Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat lelaki ditemui selepas terjatuh ke Sungai Tatau
  • KEMALANGAN

Mayat lelaki ditemui selepas terjatuh ke Sungai Tatau

Utusan Sarawak 3 days ago
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas yang ditemui berhampiran tebing Sungai Tatau, berdekatan Rumah Enjan, pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

TATAU: Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Tatau berhampiran Rumah Enjan di Nanga Biban di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Alexsen Gindi, 24, ditemui sekitar lima meter dari tebing sungai oleh ahli keluarganya sekitar 9.10 pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Tatau pada 10.12 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau digerakkan ke lokasi sejauh 24 kilometer.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 10.17 malam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung hari ini,” katanya.

Operasi SAR hari kedua bermula 8.28 pagi melibatkan enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota JBPM Tatau dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mayat mangsa dijumpai berhampiran rumah panjang mangsa sebelum pasukan penyelamat menggunakan bot aluminium JBPM dan polis untuk membawa mayat ke jeti pasar lama.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 11.45 pagi.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: APM Marudi bantu lelaki tertinggal kunci dalam kereta
Next: Remaja perempuan hilang ditemui lemas di Sungai Katibas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.