Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Neuralink milik Elon Musk tamatkan pusingan pembiayaan Siri E
  • GLOBAL

Neuralink milik Elon Musk tamatkan pusingan pembiayaan Siri E

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ELON Musk.

SAN FRANCISCO: Neuralink, syarikat milik Elon Musk mengumumkan pada Isnin yang ia menamatkan pusingan pembiayaan Siri E berjumlah AS$650 juta, lapor Xinhua.

Dalam satu catatan blog, syarikat itu menyatakan pusingan pembiayaan itu melibatkan pelabur seperti ARK Invest, Founders Fund, Sequoia Capital dan Thrive Capital.

Neuralink sebelum ini mengumpul AS$280 juta dalam pusingan pembiayaan Siri D pada 2023, dengan tambahan tranche bernilai AS$43 juta beberapa bulan kemudian.

Syarikat itu turut memaklumkan yang mereka kini menjalankan lebih banyak ujian klinikal terhadap manusia, dengan implan cip otak pada lima individu yang mengalami lumpuh teruk.

Pada Mei, Neuralink menerima penetapan Program Peranti Terobosan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Menurut FDA, Program Peranti Terobosan adalah program sukarela untuk peranti perubatan tertentu dan produk gabungan yang diketuai oleh peranti, yang menyediakan rawatan atau diagnosis yang lebih berkesan bagi penyakit atau keadaan yang mengancam nyawa atau menyebabkan ketidakupayaan yang tidak dapat dipulihkan.

Program ini bertujuan untuk memberikan akses yang lebih cepat kepada pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan terhadap peranti perubatan dengan mempercepatkan pembangunan, penilaian, dan semakan bagi kelulusan prapasaran. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: UK catat musim bunga paling panas dalam rekod
Next: Perdana Menteri Mongolia letak jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.