
MIRI: Tiga lelaki ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di sini.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi pada 11.00 malam Sabtu hingga 3.00 pagi hari ini dijalankan di sekitar bandar raya dan Jalan Miri-Bypass.
“Dalam operasi tersebut tiga lelaki tempatan masing-masing berumur 16,21 san 25 tahun itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Turut ditahan 11 buah motosikal yang disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan untuk tujuan dokumentasi,” katanya menerusi satu kenyataan petang tadi.
Menurut Farhan, sebanyak 67 saman juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya, lesen kenderaan tamat tempoh, tiada lesen memandu , ubahsuai struktur, ubahsuai ekzos dan tiada nombor pendaftaran.
Oleh Liong Chai Ling