Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JBPM siap siaga hadapi tiga fenomena cuaca serentak
  • NASIONAL

JBPM siap siaga hadapi tiga fenomena cuaca serentak

Utusan Sarawak 5 days ago

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad. Foto Bernama

GEORGE TOWN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memfokuskan kepada tiga keadaan cuaca, iaitu panas, hujan dan angin kencang yang boleh dikaitkan dengan kemungkinan bencana sepanjang Monsun Barat Daya ketika ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata dalam tempoh sekarang hingga September, cuaca dijangka kering sehingga menyebabkan suhu menjadi tinggi, namun sesekali dijangka berlaku hujan lebat berserta angin kencang dan ribut.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tidak berlaku musim yang ekstrem kali ini. Namun bomba sentiasa bersiap sedia,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bomba 2025 di Padang Polo di sini hari ini.

Sebanyak 63 pasukan menyertai kejohanan itu yang melibatkan enam kategori dengan pasukan Sarawak dinobatkan juara kategori Bomba selepas menundukkan Selangor 10-0 pada perlawanan akhir.

Sementara itu Nor Hisham berkata selain bersedia dengan peningkatan kes kebakaran terbuka ketika cuaca panas, pihak bomba juga bersiap siaga untuk tugas menyelamat akibat kepala air dan ribut.

“Kekhuatiran kita adalah hujan pada sebelah petang terutamanya musim cuti (sekolah) ketika ini kerana orang ramai akan ke kawasan seperti jeram serta pantai. Kita perlu berhati-hati dan sentiasa memantau laporan cuaca, kalau ada amaran hujan lebat, segera beredar,” katanya.

Beliau berkata panggilan kecemasan laporan kebakaran terbuka setakat April tahun ini telah mencatatkan penurunan kepada hampir 3,000 kes berbanding lebih 9,000 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Media sebelum ini melaporkan MetMalaysia menjangkakan Monsun Barat Daya akan melanda bermula 10 Mei hingga September ini susulan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya ke rantau negara.

Sepanjang musim itu, kadar kelembapan udara lazimnya rendah sekali gus menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat, namun hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah berikutan kehadiran fenomena garis badai. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiada keperluan mendesak untuk rombakan Kabinet – Anwar
Next: Peguam Negara dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, pingat sempena Keputeraan Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.