Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lima rumah teres musnah dalam kebakaran, 22 penghuni hilang tempat tinggal
  • KEBAKARAN

Lima rumah teres musnah dalam kebakaran, 22 penghuni hilang tempat tinggal

Utusan Sarawak 3 days ago

MUSNAH…Lima rumah teres musnah keseluruhan dalam kejadian di kawasan perumahan Kidurong MLNG Housing Jalan Abang Usop Tanjung Kidurong Bintulu, malam Sabtu. Foto JBPM Sarawak.

BINTULU: Lima rumah teres didiami 22 penghuni musnah dalam kebakaran di kawasan perumahan Kidurong MLNG Housing Jalan Abang Usop Tanjung Kidurong di sini semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 11.43 malam.

Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Bintulu digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran tersebut membabitkan 22 mangsa terdiri lima pemilik rumah termasuk seorang penyewa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Api berjaya dipadam sepenuhnya pada 6.25 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian daripada kedua-dua kejadian itu masih dalam siasatan.

“Kebakaran tersebut membabitkan 22 mangsa terdiri lima pemilik rumah termasuk seorang penyewa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut, manakala, punca kejadian dan anggaran kerugian dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Jalan Sibiew
Next: Bengkel mengecat musnah terbakar, seorang lelaki cedera ringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.