Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tarian etnik Bella Astillah, Syed Saddiq curi perhatian netizen
  • HIBURAN

Tarian etnik Bella Astillah, Syed Saddiq curi perhatian netizen

Utusan Sarawak 6 days ago
AKSI Bella Astillah dan Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR: Aksi pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menari tarian tradisional etnik Sabah dan Sarawak sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak mencuri perhatian ramai di media sosial.

Dalam sebuah video yang dikongsikan sempena perayaan tersebut di Instagram bellaastillah
and syedsaddiq, kedua-dua figura terkenal itu mempersembahkan beberapa tarian tradisional termasuk Ngajat (Iban), Rejang Beuh (Bidayuh), Sumazau (Kadazan), dan Kuda Pacu (Bajau Samah).

Video berkenaan bukan sahaja mendapat pujian atas usaha mempromosikan kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah dan Sarawak, malah berjaya menarik perhatian ribuan penonton yang terhibur dengan gelagat kedua-duanya.

Namun, paling mencuit hati netizen adalah pergerakan Syed Saddiq yang dilihat agak kaku ketika menari, berbanding Bella yang lebih lincah dan bersahaja. Aksi lucu beliau itu menjadi tumpuan dan mencetuskan pelbagai reaksi lucu serta komen positif daripada warga maya.

Rata-rata netizen memuji kesungguhan kedua-dua mereka dalam menghargai dan memeriahkan budaya etnik sempena sambutan perayaan penting bagi masyarakat di Malaysia Timur itu.

Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak diraikan setiap tahun bagi meraikan musim menuai dan menjadi simbol penghargaan kepada hasil tuaian serta semangat perpaduan pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pelakon sitkom Kopitiam Mano Maniam meninggal dunia
Next: Rakam lagu tema ASEAN kenangan bermakna buat Aina Abdul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.