
KUCHING: Keindahan dan kehalusan seni kraf warisan negara kembali menjadi tumpuan menerusi Pameran Karya Agung Seni Kraf Warisan Negara yang dianjurkan oleh Kraf Tangan Malaysia di Borneo Cultures Museum, bermula 30 Mei hingga 25 Julai 2025.
Pameran tersebut menghimpunkan karya agung daripada lima tokoh kraf negara serta 20 adiguru kraf.
Setiap hasil yang dipamerkan menyerlahkan nilai estetika dan ketukangan tinggi yang mencerminkan identiti budaya serta warisan masyarakat Malaysia.
Setiap hasil karya yang dipamerkan bukan sekadar manifestasi seni semata-mata, malah dianggap sebagai khazanah budaya yang menyumbang kepada kelestarian seni kraf tempatan.
Inisiatif ini juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan seni, budaya, bahasa dan sastera kebangsaan sebagai wahana perpaduan rakyat.
Sepanjang tempoh pameran, pelbagai program sampingan turut diadakan termasuk wacana kraf, demonstrasi kraf serta aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk lebih mengenali dan menghargai seni kraf warisan secara lebih dekat.
Oleh Amanda L.