Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Brunei dalam keadaan stabil, baik – Pejabat PM
  • SEMASA

Sultan Brunei dalam keadaan stabil, baik – Pejabat PM

Utusan Sarawak 6 days ago

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah - BERNAMA/Arkib

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan, dilaporkan dalam keadaan stabil dan baik. 

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah yang ditemani Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di pusat perubatan itu masih memerlukan pemantauan pasukan perubatan.

“Sehubungan itu, pihak pasukan perubatan telah menasihatkan agar baginda Tuanku tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini kecuali daripada keluarga Diraja Brunei sahaja demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu turut memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menziarahi Sultan Brunei di IJN.

Dalam kenyataan sama, Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesihatan Sultan Hassanal Bolkiah.

“Semoga baginda Tuanku dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” menurut kenyataan itu. 

Sebelum ini, media bertanyakan keberadaan Sultan Brunei yang tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, petang semalam.

Perdana Menteri mengesahkan Sultan Hassanal Bolkiah berada di IJN dan baginda dilaporkan berasa letih serta memilih untuk berehat di IJN.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: DUN: Eksport industri perkayuan Sarawak cecah RM625 juta pada suku pertama 2025
Next: DUN: Sarawak komited capai status Geopark Global UNESCO menjelang 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.