Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Baton SOPMA 2025 meriah di Sibu, perkasa komuniti pekak
  • SUKAN

Larian Baton SOPMA 2025 meriah di Sibu, perkasa komuniti pekak

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee menghadiri Larian Baton SOPMA 2025 di Dataran Tuanku Haji Bujang Fasa 1 semalam. Foto UKAS

SIBU: Larian Baton Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2025 anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak berlangsung meriah di Dataran Tuanku Haji Bujang Fasa 1, menghimpunkan lebih 200 peserta termasuk komuniti pekak, sukarelawan dan pemimpin masyarakat tempatan.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, yang turut memuji usaha persatuan berkenaan memperkasa komuniti pekak menerusi platform sukan.

“Program seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat tetapi memberi semangat kepada mereka yang mungkin sebelum ini kurang keyakinan untuk tampil di khalayak ramai. Ia juga menjadi jambatan interaksi antara komuniti pekak dan masyarakat umum,” katanya dalam ucapan perasmian program berkenaan pagi semalam.

Beliau turut menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian atlet pekak Sarawak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya Mohd Jafar Isa dari Sibu yang mewakili negeri dalam sukan bola sepak.

Beliau juga menekankan keperluan kerjasama bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan komuniti pekak tidak terus terpinggir.

“Kerajaan Sarawak komited menjaga kebajikan rakyat termasuk golongan pekak, namun sinergi pelbagai pihak diperlukan bagi menjayakan pembangunan masyarakat yang benar-benar inklusif,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyuarakan harapan agar atlet pekak Sarawak menyerlah dalam temasya SOPMA 2025 dan terus membawa nama negeri ke peringkat lebih tinggi.

–UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Melaka Titans sedia hadapi saingan Divisyen 1 STL
Next: Red Devils tiba di ibu negara hadapi ASEAN All-Stars

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.