Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  •  RM12,000 disalur, perkukuh pembangunan bola tampar di Lundu
  • WILAYAH

 RM12,000 disalur, perkukuh pembangunan bola tampar di Lundu

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Opar, Billy Sujang merakamkan gambar kenangan bersama peserta Kursus Kepengadilan Bola Tampar Dewan MAVA Tahap 1 Peringkat Negeri 2025 di Dewan Chung Hua Lundu, petang semalam. Foto UKAS

LUNDU: Salah satu usaha memperkukuh pembangunan sukan di peringkat akar umbi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM12,000 kepada Kelab Bola Tampar Gading, semasa merasmikan Kursus Kepengadilan Bola Tampar Dewan MAVA Tahap 1 Peringkat Negeri 2025.

Jelas beliau, peruntukan tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyokong pembangunan sukan tempatan terutamanya dalam melahirkan atlet dan pengadil yang berkualiti.

“Kita mahu Lundu terus menjadi hab pembangunan sukan, khususnya dalam bola tampar.

“Dana ini adalah untuk memastikan kelab dan aktiviti berkaitan terus hidup dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap di Dewan Chung Hua Lundu, petang semalam.

Kursus yang disertai seramai 70 peserta itu, bukan sahaja menambah ilmu dalam bidang kepengadilan tetapi juga memperkasakan integriti serta profesionalisme dalam kalangan penggiat sukan.

Selain itu, beliau turut menggesa belia agar aktif dalam aktiviti sukan bagi mengelakkan terlibat dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JGS rancang bina kilang pemprosesan nanas berteknologi tinggi di Tanjung Manis
Next: ADUN Tasik Biru santuni pesakit, naik taraf fasiliti Hospital Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.