Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pergerakan penumpang naik 13.9 peratus pada April – Malaysia Airports
  • SEMASA

Pergerakan penumpang naik 13.9 peratus pada April – Malaysia Airports

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports merekodkan peningkatan 13.9 peratus bulan ke bulan pergerakan penumpang merentasi semua rangkaiannya di Malaysia dan Turkiye pada April 2025.

Peningkatan ini disokong oleh pelancaran perkhidmatan baharu oleh syarikat penerbangan dan perluasan laluan ke destinasi utama serantau serta antarabangsa.

Ia termasuk bermulanya perkhidmatan harian oleh British Airways bagi laluan London-Kuala Lumpur, yang secara ketara mengukuhkan kesalinghubungan jarak jauh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

FitsAir turut memulakan empat penerbangan mingguan dari Colombo ke KLIA Terminal 2, manakala Myanmar Airways International melancarkan perkhidmatan dua kali seminggu menghubungkan Yangoon dan Pulau Pinang, sekali gus meningkatkan hubungan ke destinasi di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Mohd Izani Ghani berkata perkhidmatan baharu itu mencerminkan peningkatan permintaan, kerjasama syarikat penerbangan yang semakin kukuh dan pertambahan akses ke Malaysia.

“Dengan menghubungkan ke lebih banyak bandar-bandar utama, kami mewujudkan peluang lebih besar untuk pelancongan, perdagangan dan pelaburan kepada negara, selain terus mengukuhkan ekosistem lapangan terbang untuk rakan kongsi syarikat penerbangan serta penumpang kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Pergerakan penumpang merentasi rangkaian Malaysia Airports, termasuk operasinya di Turkiye mencecah 12.1 juta pada April, meningkat daripada 10.7 juta pada Mac.

Di Malaysia, jumlah pergerakan penumpang melonjak 15.6 peratus kepada 8.3 juta pada bulan itu, disokong oleh perjalanan domestik yang meningkat sebanyak 25.2 peratus kepada 4.2 juta penumpang, didorong oleh perjalanan sempena musim perayaan dan cuti persekolahan.

Segmen perjalanan antarabangsa turut menyaksikan pertumbuhan pergerakan penumpang sebanyak 7.5 peratus kepada 4.2 juta penumpang.

Sementara itu, aset milik penuh Malaysia Airports di Turkiye, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen Istanbul (ISG) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak 10.3 peratus kepada 3.8 juta pada April.

Penumpang antarabangsa meningkat 8.4 peratus kepada 2.14 juta, manakala penumpang domestik bertambah 12.8 peratus kepada 1.7 juta.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mordi Bimol urges transparency over MyKiosk 2.0 construction costs in Sarawak
Next: Sekolah Seni Malaysia Sarawak raih kejuaraan di World Cup of Folklore, Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.