Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petronas Gas catat untung bersih suku pertama lebih tinggi, umum dividen 16 sen
  • BISNES

Petronas Gas catat untung bersih suku pertama lebih tinggi, umum dividen 16 sen

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

Hasil bagaimanapun merosot kepada RM1.59 bilion daripada RM1.62 bilion sebelum ini, terutamanya disebabkan oleh penurunan hasil daripada segmen pengangkutan gas dan regasifikasi berikutan pelarasan tarif menurun yang berpunca daripada faktor perkongsian penggunaan gas dalaman yang lebih rendah pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata prestasi keseluruhannya bagi tahun kewangan 2025 dijangka kekal berdaya tahan dan stabil, walaupun terdapat gangguan operasi akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada April 2025.

“Semua segmen perniagaan teras dijangka mengekalkan kekuatan masing-masing dan terus menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan,” katanya.

Petronas Gas berkata berdasarkan keadaan semasa di lokasi dan tahap kerosakan aset sementara menunggu hasil siasatan rasmi jumlah kesan kewangan daripada kerja-kerja pembaikan dan pemulihan dianggarkan kira-kira RM170 juta.

“Sebahagian besar daripada perbelanjaan ini akan diperoleh daripada modal sebagai sebahagian daripada perbelanjaan modal syarikat, dengan pemulihan sebahagian kos dijangka melalui tuntutan insurans.

“Kehilangan hasil yang berpunca daripada gangguan perkhidmatan sementara dijangka minimum iaitu kira-kira RM20 juta, hasil daripada kerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia, penghantar dan pengedar gas yang membolehkan perkhidmatan saluran paip gas dipulihkan dan bekalan yang stabil dapat dilakukan dengan cepat,” katanya.

 Ia berkata jumlah anggaran kesan kepada keuntungan daripada kerja-kerja pemulihan aset dan kehilangan hasil diunjurkan sekitar RM60 juta bagi tahun itu.

Sebagai tindak balas kepada insiden itu, Petronas Gas berkata kumpulan sedang mempergiatkan tumpuannya terhadap pengurusan risiko yang kukuh, daya tahan operasi dan langkah-langkah mitigasi yang proaktif.

“Kami kekal komited untuk mengekalkan standard keselamatan dan kecemerlangan operasi yang paling tinggi sambil terus mengamalkan pengurusan kos yang berdisiplin dan pertumbuhan strategik jangka panjang bagi memastikan kesinambungan dan kemampanan perniagaan,” katanya.

Pada 26 Mei, 2025, pengarah syarikat telah meluluskan dividen interim pertama sebanyak 16 sen sesaham biasa berjumlah RM316.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025, yang akan dibayar pada 24 Jun, 2025.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini
Next: Keuntungan bersih Maybank pada RM2.59 bilion, dipacu perbankan korporat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.