
SARIKEI: Seekor ular sawa yang “menceroboh” bahagian dapur sebuah rumah di Rumah Angkang, Kerubong, Selalang, berjaya ditangkap oleh anggota bomba awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah pada 5.47 pagi.
“Sepasukan anggota segera digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.
“Sebaik tiba, didapati seekor ular sawa berada di bahagian dapur rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, ular sawa berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular ditangkap dalam tempoh sekitar 34 minit.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 6.51 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek