Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan kucing terperangkap dua hari atas pokok kelapa
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba selamatkan kucing terperangkap dua hari atas pokok kelapa

Utusan Sarawak 5 days ago
OPERASI MENYELAMAT…. Anggota bomba menyelamatkan kucing terperangkap atas pokok kelapa. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seekor kucing terperangkap atas pokok kelapa selama dua hari telah diselamatkan oleh pihak bomba pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 10.58 malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi di Lorong 3B, Jalan Jelutong Barat.

“Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan terdapat seekor kucing terperangkap atas pokok kelapa selama dua hari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak menggunakan tangga jentera bomba dan menangkap kucing tersebut sehingga berjaya diturunkan.

“Kucing berjaya ditangkap dan diturunkan dengan selamat dalam tempoh lebih kurang lapan minit.

“Khidmat khas menyelamatkan kucing terperangkap atas pokok kelapa selesai sepenuhnya pada 11.10 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta DuanWu satukan komuniti berbilang kaum di Miri
Next: Ular sawa ceroboh dapur rumah berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.