Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Bencana’ menimpa United, Amorim mohon maaf janji kebangkitan 
  • SUKAN

‘Bencana’ menimpa United, Amorim mohon maaf janji kebangkitan 

Utusan Sarawak 3 days ago

Amorim memohon maaf kepada penyokong United dalam ucapannya selepas perlawanan menentang Aston Villa

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, memohon maaf kepada penyokong selepas menggelar musim ini sebagai satu “bencana” sambil berjanji era kebangkitan akan tiba buat The Red Devils.

United menamatkan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-15, pencapaian terburuk kelab gergasi England itu sejak tersingkir dari liga pada 1974.

Kekalahan kepada Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Europa Khamis lalu menambah luka apabila United kini gagal layak ke pentas Eropah buat kali kedua dalam tempoh 35 tahun.

Amorim, yang mengambil alih jawatan pengurus pada November lalu, mengakui tanggungjawab atas kegagalan memulihkan prestasi pasukan ketika berucap kepada penyokong selepas kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa dalam aksi terakhir musim ini.

“Saya ingin memohon maaf untuk musim ini. Saya tahu anda semua amat kecewa dengan saya dan pasukan.

“Tetapi sekarang kita perlu buat pilihan sama ada terus terperangkap dalam masa lalu, atau kita bersatu dan bergerak ke hadapan.

“Enam bulan lalu, selepas tiga perlawanan pertama saya sebagai pengurus dengan dua kemenangan dan satu seri, saya pernah kata ‘ribut akan datang’.

“Hari ini, selepas musim yang penuh bencana ini, saya mahu katakan hari-hari indah akan tiba.

“Jika ada satu kelab di dunia yang mampu bangkit selepas apa jua musim, apa jua bencana, ia adalah kelab kita Manchester United,” kata pengendali dari Portugal itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Salah menang Kasut Emas kali keempat, samai rekod Henry
Next: ‘Saya mencintai setiap detik bersama Liverpool selama 20 tahun’ – Trent ucap selamat tinggal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.