Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘It Was Just an Accident’ menang Palme d’Or
  • HIBURAN

‘It Was Just an Accident’ menang Palme d’Or

Utusan Sarawak 4 days ago
PENGARAH, penulis skrip, dan penerbit Iran, Jafar Panahi (kanan) bersama pasukannya meraikan kemenangan di atas pentas selepas menang anugerah Palme d’Or untuk filem ‘It Was Just an Accident’ pada majlis penutup Festival Filem Cannes edisi ke-78 di Cannes, selatan Perancis semalam. Foto AFP

CANNES: Pengarah terkenal Iran, Jafar Panahi memenangi anugerah Palme d’Or di Festival Filem Cannes menerusi filemnya berjudul It Was Just an Accident, umum juri pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Filem bergenre thriller itu menewaskan 21 penyertaan lain untuk merangkul anugerah tertinggi festival berprestij itu.

It Was Just an Accident mengisahkan sekumpulan bekas banduan di Iran yang berjaya menculik seorang pegawai penjara yang didakwa menyeksa mereka semasa dalam tahanan.

JAFAR Panahi bergambar di atas pentas selepas memenangi anugerah Palme d’Or. Foto AFP

Panahi, yang pernah dipenjarakan dari Julai 2022 hingga Februari 2023, merupakan antara pengarah filem Iran yang paling terkenal di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, beliau pernah memenangi anugerah utama di Festival Filem Venice dan Festival Berlinale di Jerman.

Juri bagi edisi ke-78 Festival Filem Cannes tahun ini dipengerusikan oleh pelakon Juliette Binoche.

– Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Drama muzikal Rentap pukau penonton di Kampung Budaya Sarawak
Next: Doktor tampil berbusana songket Melanau di Karpet Merah Cannes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.