Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gen-16 Samarahan agih air minuman, ringankan beban penduduk
  • WILAYAH

Gen-16 Samarahan agih air minuman, ringankan beban penduduk

Utusan Sarawak 4 days ago
SEKITAR suasana pengagihan bantuan air minuman di pekarangan Masjid Darul Naim, Kampung Sungai Mata, malam tadi. Foto: Norman

KOTA SAMARAHAN: Kelab Pemuda Kota Samarahan (Gen-16) telah mengambil inisiatif mengagihkan bantuan air minuman kepada penduduk Kampung Sungai Mata yang terjejas akibat gangguan bekalan air paip yang berlarutan.

Bantuan berupa air minuman ini telah dihantar ke pekarangan Masjid Darul Naim sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar pada 10.00 malam semalam.

Ketua Pemuda Muara Tuang Azri yang juga merangkap Presiden Kelab Gen-16 Kota Samarahan berkata, sumbangan ini adalah usaha kecil untuk meringankan beban masyarakat yang terjejas.

“Inisiatif ini bertujuan untuk membantu penduduk setempat untuk mendapat bekalan air dan mengurangkan beban akibat masalah gangguan bekalan air,” katanya.

“Saya juga berterima kasih kepada ahli pemuda Kota Samarahan kerana komited dan sanggup meluangkan masa membantu mereka yang terkesan,” tambah beliau.

Masalah utama yang dikenal pasti adalah tekanan air rendah yang menyebabkan aliran air tidak stabil, sekali gus menjejaskan bekalan ke premis-premis tertentu. Keadaan ini turut diburukkan oleh kemungkinan kebocoran paip yang sukar dikesan.

Pihak Lembaga Air Kuching (LAKU) memaklumkan bahawa beberapa langkah telah dan sedang dilaksanakan, termasuk pengesanan kebocoran menggunakan kaedah konvensional serta teknologi moden.

Selain itu, lapan buah tangki statik turut dipasang di lokasi strategik kampung dan bekalan dihantar melalui lori tangki air sebagai penyelesaian sementara.

Kerja-kerja penyambungan dan baik pulih paip agihan juga akan dilaksanakan secara berperingkat bermula suku kedua tahun 2025 dan dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.

Penduduk diharap dapat terus bersabar dan berkerjasama sementara pihak berkuasa serta pertubuhan masyarakat terus berusaha menangani isu ini secara menyeluruh.

Oleh Norman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ‘Segulai Sejalai’ lambang perpaduan sambutan Pra-Gawai Dayak Bintulu 2025
Next: 360 lampu solar bakal terangi kampung, rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.