Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pra Gawai 2025 tonjolkan keunikan budaya, adat resam
  • Selatan
  • WILAYAH

Pra Gawai 2025 tonjolkan keunikan budaya, adat resam

Utusan Sarawak 4 days ago

SEKITAR Majlis Sambutan Pra Gawai 2025, di Dewan Lenggai, Kampung Entingan malam tadi.

KOTA SAMARAHAN: Ketua Kaum Kampung Entingan, Kadom Changgai menekankan kepentingan memelihara nilai budaya serta mengukuhkan ikatan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis Malam Sambutan Pra Gawai 2025 di Dewan Lenggai, Kampung Entingan malam tadi.

“Saya ingin menegaskan, perpaduan antara penduduk amatlah penting dan harus terus dilestarikan. Budaya dan adat resam kita juga harus dikekalkan selari dengan arus pemodenan,” katanya.

Kadom turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (AJKK), penduduk kampung, serta para penyumbang hamper atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

“Saya berterima kasih kepada AJKK kampung, penduduk kampung dan para penyumbang hamper atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini,” katanya.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian ngajat ngalu temuai oleh para belia Kampung Entingan sebagai simbol menyambut tetamu, termasuk penduduk kampung yang hadir beramai-ramai memeriahkan suasana.

Tradisi ini menzahirkan semangat muhibah dan perpaduan dalam komuniti setempat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, jamuan tradisional dan aktiviti gotong-royong, yang berjaya menarik kehadiran ramai penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir, Penghulu Dunstan Rectaker.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Sambut Gawai dengan bijak, utamakan pendidikan anak-anak
Next: ‘Segulai Sejalai’ lambang perpaduan sambutan Pra-Gawai Dayak Bintulu 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.