Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perkukuh institusi kekeluargaan, perpaduan kaum
  • SEMASA

Perkukuh institusi kekeluargaan, perpaduan kaum

Utusan Sarawak 4 days ago
SIMBOLIK… Dato Sri Wong Soon Koh (kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2025 oleh MTPN di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

SIBU: Penganjuran sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2025 oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) di Stadium Tertutup Sibu hari ini disifatkan sebagai platform penting bagi memperkukuh institusi kekeluargaan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, program yang mengetengahkan tema ‘Dasar Berorientasikan Keluarga untuk Pembangunan Lestari: Menuju Sidang Kemuncak Dunia Kedua Mengenai Pembangunan Sosial’ turut membuka ruang kepada peserta untuk berkongsi ilmu dan menjalin persahabatan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.

“Sambutan ini bukan sekadar memperingati Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut setiap 15 Mei, tetapi juga sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap isu yang menjejaskan institusi keluarga dari aspek sosial, ekonomi dan demografi.

“Dasar berorientasikan keluarga wajar menjadi teras dalam perancangan pembangunan negara kerana keluarga adalah asas kepada komuniti yang harmoni dan lestari,” katanya semasa merasmikan program berkenaan.

DATO Sri Wong Soon Koh menyerahkan sumbangan berupa bakul makanan kepada salah seorang penerima.

Menurut beliau, pendekatan menyeluruh yang berfokuskan kepada institusi keluarga dapat menjamin kesejahteraan jangka panjang masyarakat dan negara.

“Setiap keluarga mempunyai formula bahagia tersendiri. Apa yang penting adalah kasih sayang, keprihatinan serta masa berkualiti yang diluangkan bersama. Nilai-nilai ini bukan sahaja mengukuhkan ikatan kekeluargaan tetapi memberi kesan positif terhadap emosi dan psikologi individu,” tambahnya.

Dalam masa sama, Soon Koh menggesa semua lapisan masyarakat agar sentiasa memberi perhatian terhadap kesejahteraan keluarga tanpa mengira latar belakang dan keupayaan, serta menyambut baik usaha bersepadu dalam membina keluarga yang sejahtera.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha kerajaan dalam memperkukuh institusi keluarga adalah pelaburan jangka panjang yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk ibu bapa, komuniti setempat dan agensi berkaitan.

“Kerjasama strategik menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini perlu diperluas agar lebih banyak keluarga menerima manfaat secara langsung,” katanya.

Pada program itu, Soon Koh turut menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena perayaan Gawai kepada penerima yang layak sebagai usaha meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menjelang musim perayaan.

Turut hadir, Naib Presiden Kebangsaan MTPN, Kelvin Lo; Pengerusi MTPN Sibu, Lucas Lau; Ketua Pemuda Persatuan Pemerkasaan Belia Sibu yang juga Ketua Biro Pertanian MTPN, Kaunselor Sean Wong Jiun Jieh dan pegawai penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi.
Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perdana Menteri Laos diberikan sambutan rasmi di Perdana Putra
Next: Sarawak yakin dapat turunkan kos pengeluaran hidrogen – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.