Kapal kargo terbalik di perairan selatan India

Facebook
WhatsApp
SEBUAH kapal kontena yang membawa muatan berbahaya dan berdaftar di bawah bendera Liberia telah karam di perairan selatan pantai Kerala, India, menurut kenyataan tentera laut pada 25 Mei, selepas kesemua 24 anak kapalnya berjaya diselamatkan. Foto AFP

NEW DELHI: Sebuah kapal kontena sepanjang 184 meter yang berdaftar di Liberia terbalik di perairan selatan India ketika dalam perjalanan menuju ke pelabuhan Kochi.

Kapal MSC ELSA 3 itu tiba di pelabuhan Vizhinjam, Kerala pada 21 Mei dan berlepas pada 23 Mei.

GAMBAR ini diambil dan dikeluarkan pada 25 Mei 2025 oleh Pejabat Perhubungan Awam Pertahanan India (PRO) Mumbai menunjukkan seorang pegawai Pengawal Pantai India (ICG) (tengah) sedang menyelamat anak kapal sebuah kapal kontena yang berdaftar di bawah bendera Liberia di perairan selatan pantai Kerala, India. Foto AFP

Pusat Penyelaras Penyelamat Maritim (MRCC) di Mumbai sebelum ini menerima isyarat kecemasan bahawa kapal terbabit condong 26 darjah kira-kira 38 batu nautika (70 kilometer) ke barat daya Kochi, menurut Pengawal Pantai India pada Sabtu.

Daripada 24 anak kapal, seramai 21 orang berjaya diselamatkan manakala tiga lagi, termasuk kapten kapal kekal berada di atas kapal bagi membantu operasi menyelamat, menurut kenyataan itu di platform X.

ANAK kapal berjaya diselamatkan. Foto AFP

Pengawal Pantai India terus memantau situasi berkenaan demi memastikan keselamatan kru serta mengelak sebarang kerosakan alam sekitar.

“Beberapa kontena jatuh ke dalam laut akibat keadaan kapal yang condong; penilaian risiko sedang dijalankan. Segala usaha sedang diambil untuk mengekalkan kestabilan kapal,” menurut kenyataan itu.

– Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara