Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SIDS, SDNU Sibu bersedia anjur Niti Daun sempena Gawai Dayak di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

SIDS, SDNU Sibu bersedia anjur Niti Daun sempena Gawai Dayak di Sibu

Utusan Sarawak 3 days ago
DORIS Sophia Brodie (tiga dari kiri, belakang meja) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis sambutan Pra-Gawai Dayak 2025 anjuran SIDS Sibu di sebuah hotel terkemuka di sin, malam tadi.

SIBU: Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) cawangan Sibu menyatakan kesediaan untuk menganjurkan program Niti Daun atau perarakan Gawai Dayak, di bandar ini.

Pengerusi SIDS Sibu, Angelyn Uchi Maseng berkata, inisiatif itu bukan sahaja bagi memartabatkan warisan budaya Dayak, malah mampu merapatkan hubungan dalam kalangan komuniti pelbagai kaum di Sibu.

“Beberapa kawasan lain telah menganjurkan Niti Daun untuk mengetengahkan budaya Dayak. Sibu juga patut ada,” katanya ketika berucap pada majlis Pra-Gawai Dayak 2025 anjuran SIDS Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Majlis makan malam tersebut turut mendapat kerjasama daripada SDNU, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA), dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA).

Menurut Angelyn, kedua-dua persatuan itu bersedia menjadi penganjur utama, namun memerlukan sokongan dari segi peruntukan kewangan.

“Kami berharap agar wakil rakyat dapat membantu bagi merealisasikan penganjuran program ini,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada masyarakat yang sentiasa menyokong usaha mereka memelihara budaya Dayak, termasuk menerusi penganjuran pertandingan Bertaboh, Ngajat dan Manduk Tuak (memasak tuak).

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie yang merasmikan majlis tersebut turut menyokong cadangan itu dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM15,000 kepada SIDS Sibu sebagai penganjur utama sambutan Pra-Gawai.

Dalam majlis yang sama, ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh memperuntukkan RM10,000, manakala ADUN Ngemah, Anyi Jana menyalurkan RM5,000 kepada SIDS Sibu menerusi dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nani Saban dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sibu 2025
Next: Pasukan bomba Bintangor aktif laksana rondaan pemantauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.