Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wanita PBB bentang halatuju baharu kepada Premier Sarawak
  • SEMASA

Wanita PBB bentang halatuju baharu kepada Premier Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Fatimah Abdullah mengetuai arisan kepimpinan baharu Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi penggal 2025 hingga 2028, mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Petra Jaya, semalam. Foto UKAS

PETRA JAYA: Barisan kepimpinan baharu Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi penggal 2025 hingga 2028 berkunjung hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

Kunjungan hormat delegasi tersebut yang diketuai Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah diadakan di pejabat Abang Johari di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Fatimah, berkata kunjungan itu bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu Majlis Tertinggi Wanita PBB serta membentangkan halatuju, program dan aktiviti yang dirancang bagi penggal ini.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Premier berhubung strategi terbaik dalam memperkukuhkan peranan Majlis Tertinggi Wanita PBB.

“Ini khususnya dalam konteks pembangunan negeri dan landskap politik semasa,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Next: Program Sahabat Maktab perkukuh operasi Masyair haji Malaysia 1446H/2025M

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.