Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Sabu, Ops Belanja tahan 64 warga asing
  • JENAYAH

Ops Sabu, Ops Belanja tahan 64 warga asing

Utusan Sarawak 7 hours ago
WARGA asing yang ditahan semasa Ops Sapu dan Ops Belanja, pada 20 dan 21 Mei, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak telah menjalankan operasi, iaitu Ops Sapu dan Ops Belanja, pada 20 dan 21 Mei, semalam.

Kedua-dua operasi ini melibatkan 30 anggota penguatkuasa di lapan lokasi berbeza di sekitar bandar ini.

Seramai 64 individu berjaya ditahan semasa operasi tersebut, terdiri dari 55 lelaki dan sembilan wanita.

Kesemua yang ditahan, disyaki melakukan kesalahan imigresen seperti tidak memiliki dokumen yang sah atau telah tamat tempoh, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan.

Pihak Imigresen menasihatkan orang ramai agar tidak menggaji dan melindungi warga asing atau pendatang tanpa izin (PATI) yang tidak mempunyai pas atau dokumen yang sah.

Perbuatan ini adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas berdasarkan Akta Imigresen 1959/63.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PPMW5 rampas daging sejuk beku tanpa dokumen bernilai RM6.2 juta
Next: Suri rumah di Sibu rugi RM447,300 terjerat pelaburan tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.