Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM
  • SEMASA

AirAsia meterai RM99.5 juta kontrak perkhidmatan carter dengan ATM

Utusan Sarawak 9 hours ago
AIRASIA memeterai kontrak perkhidmatan carter dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM99.5 juta.

LANGKAWI: AirAsia memeterai kontrak perkhidmatan carter dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM99.5 juta, termasuk pajakan pesawat khas sehingga 1 Ogos 2027, yang merangkumi penerbangan carter harian dan sewa khas meliputi laluan domestik di seluruh Malaysia.

AirAsia menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sempena pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 hari ini, berkata perkhidmatan tersebut menunjukkan komitmen AirAsia untuk memanfaatkan rangkaian domestiknya yang luas dan kekerapan tinggi penerbangan bagi menyediakan penyelesaian pengangkutan yang cekap untuk ATM.

“AirAsia akan memudahkan pergerakan anggota ATM menggunakan penerbangan komersil dari Isnin hingga Jumaat untuk perjalanan bertugas dan kebajikan seiring dengan jadual penerbangan komersil sedia ada AirAsia, memastikan integrasi yang lancar sambil mengekalkan keselesaan penumpang.

“Selain itu, akan ada penerbangan sewa khas yang melibatkan penyewaan eksklusif pesawat khusus untuk kakitangan ATM sahaja tanpa bercampur dengan penumpang komersial,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata kerjasama ini mengesahkan komitmen AirAsia, sebagai syarikat penerbangan rakyat, untuk terus berkhidmat kepada negara dan menyokong inisiatif kerajaan.

Selain perjalanan udara, kontrak itu termasuk perkhidmatan komprehensif seperti makanan dalam penerbangan, pengendalian bagasi, dan sokongan logistik dari lapangan terbang ke kem tentera dan sebaliknya untuk memastikan keselesaan dan kelancaran pergerakan anggota ATM.– Bernama

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat MEASAT
Next: DUN: Fasiliti keusahawanan belum dirancang di Balingian, tumpuan di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.