Iskandar akui ditawarkan berkhidmat di tanah air

Facebook
WhatsApp
ISKANDAR Zulkarnain

KUALA LUMPUR: Bekas pemain perseorangan lelaki negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengakui mendapat tawaran untuk berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Iskandar Zulkarnain yang kini berperanan sebagai ketua jurulatih perseorangan Ireland berkata buat masa ini BAM belum mengesahkan jawatan bakal disandang oleh bekas pemain berusia 33 tahun.

“Ada pihak (BAM) yang hubungi saya, namun kita lihat dahulu macam mana nanti. Saya masih ada kontrak (bersama Ireland) hingga 2028.

“Saya perlu lihat apa matlamat saya. Nhat Nguyen (pemain perseorangan lelaki Ireland) masih muda selain saya perlu berbincang dengan keluarga sebab mereka berada di Ireland,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam.

Menurut Iskandar Zulkarnain, buat masa ini beliau mahu membuktikan keupayaannya sebagai jurulatih berkaliber khususnya selepas kejayaannya melonjak prestasi Nguyen hingga layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Iskandar Zulkarnain yang mula berkhidmat sebagai jurulatih di Ireland sejak 2022 berharap beliau dapat melahirkan pemain berpotensi memecah dominasi badminton Eropah yang sering dikuasai Denmark, England dan Perancis.– Bernama

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan