
– Foto Perpustakaan Awam BDA
BINTULU: Seramai 12 kanak-kanak menyertai aktiviti mewarna bertemakan ‘Sayangilah Bumi Kita’ anjuran Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Cawangan Jepak di sini, semalam.
Menurut kenyataan Perpustakaan Awam BDA, aktiviti tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti tetapi juga menyampaikan mesej penting tentang kepentingan menjaga alam sekitar sejak usia muda.
“Pendedahan awal seperti ini dapat memupuk sikap prihatin terhadap alam sekitar melalui kaedah pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan,” kata kenyataan itu.
Aktiviti seumpama itu juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti dan menyokong usaha mendidik generasi muda tentang kelestarian dan tanggungjawab sosial.
Oleh Carolyne Utih