
BINTULU: Kempen derma darah dengan tawaran pemeriksaan mata percuma akan diadakan di Park City Mall pada 25 Mei ini, bermula 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Bertemakan βGive Blood, Give Life and Get a Free Eye Check-Up!β, program ini menggalakkan orang ramai untuk menderma darah sambil mengambil peluang menjalani pemeriksaan mata secara percuma.
Menurut Tabung Darah Bintulu, kempen ini terbuka kepada semua penderma darah yang layak dan turut menerima kehadiran secara βwalk-inβ.
Program seumpama ini bertujuan untuk menyelamatkan nyawa melalui derma darah serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata.
Orang ramai digalakkan hadir bersama rakan dan keluarga kerana setiap titisan darah yang didermakan serta setiap pemeriksaan kesihatan mata yang dijalankan boleh memberi impak besar kepada komuniti.
Oleh Carolyne Utih