

DERMA DARAH…Antara yang hadir menderma darah. Foto APM Sarikei
SARIKEI: Seramai 18 individu telah hadir untuk menderma darah di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, baru-baru ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, kempen derma darah tersebut bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
“Daripada 18 orang yang hadir, 10 orang terdiri daripada anggota APM Sarikei dan orang awam berjaya mendermakan darah.
“Manakala selebihnya, lima orang yang didaftar turut melakukan pemeriksaan tekanan darah (BP) dan hemoglobin (HB),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini.
Tambahnya, kempen derma darah tersebut merupakan anjuran Persatuan Rekreasi APM Sarikei.
Kempen derma darah bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan menderma darah secara berkala demi menyelamatkan nyawa dan mengekalkan bekalan darah yang mencukupi di hospital.
Selain itu, ia juga bertujuan memperkasakan peranan APM sebagai agensi keselamatan yang prihatin dan proaktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Oleh Earl Anek