Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petros, CJI meterai perjanjian pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching
  • SEMASA

Petros, CJI meterai perjanjian pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching

Utusan Sarawak 2 days ago
(DARI kiri ke kanan) Naib Presiden Kanan PETROS bagi Bahagian Pertumbuhan, Datuk Joseph Podtung, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki, Gabenor Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu, Xu Kunlin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS, Dato Janin Girie dan Pengerusi China Jiangsu International, Song Qinbo. -Foto PETROS

KUCHING: Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan China Jiangsu International Group (CJI) memeterai perjanjian kerjasama strategik untuk merealisasikan visi rendah karbon Sarawak.

Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Utiliti Sarawak (Sarawak Energy Bhd dan Petros) Dato Ibrahim Baki.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petros Dato Janin Girie berkata melalui perjanjian berkenaan, CJI dilantik sebagai antara rakan utama bagi pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching (KLCH).

Menurutnya KLCH adalah taman perindustrian rendah karbon terkini yang diwujudkan untuk menarik pelabur industri strategik, sejajar dengan agenda pertumbuhan hijau Sarawak.

“KLCH merupakan pencetus perubahan, inisiatif transformasi bagi menterjemah dasar rendah karbon Sarawak kepada peluang ekonomi sebenar untuk rakyat Sarawak di samping memberi sumbangan penting kepada Malaysia dan rantau ini secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CJI akan bekerjasama rapat dengan Petros, syarikat milik kerajaan negeri bagi menyokong perancangan induk KLCH, dengan memanfaatkan kepakarannya dalam perancangan, kejuruteraan, dan pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan perindustrian berskala besar.

“KLCH dijangka menarik pelaburan langsung asing berkualiti tinggi, menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan memperteguh kedudukan Sarawak sebagai hab pada masa depan dalam transformasi perindustrian mampan.

“Petros yang beroperasi meliputi rantaian nilai minyak dan gas sepenuhnya sedang mengembangkan portfolio kepada pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), penyelesaian tenaga rendah karbon dan penyahkarbonan industri,” menurut kenyataan itu.

CJI adalah perusahaan milik kerajaan berskala besar yang beribu pejabat di Wilayah Jiangsu, China, dan mempunyai kepakaran meluas dalam perancangan, kejuruteraan dan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur serta industri berskala besar di seluruh Asia, Afrika dan kawasan lain.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Peningkatan bilangan Ahli Majlis perlu inklusif, berkesan
Next: Masyair: Ujian ketahanan fizikal, mental paling mencabar jemaah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.