Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Libat urus strategik kunci kelancaran projek, fasiliti
  • TEMPATAN

Libat urus strategik kunci kelancaran projek, fasiliti

Utusan Sarawak 18 hours ago
KENANGAN… Datuk Ir. Aidel Lariwoo dan Dr. Cassidy Morris bergambar bersama peserta dan perunding pada majlis Penutupan Program Memperkasa Kolaborasi: Libat Urus Strategik Bersama Perunding 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

KUCHING: Pengurusan libat urus strategik memainkan peranan penting dalam menjamin kelancaran pelaksanaan projek dan pengurusan fasiliti, kata Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Ir. Aidel Lariwoo.

Beliau menegaskan bahawa setiap projek pembangunan perlu dilaksanakan secara efisien serta mencapai kecemerlangan dari segi kualiti dan kecekapan.

“Pembangunan yang dilaksanakan bukan hanya bersifat fizikal, malah perlu berorientasikan kelestarian alam sekitar,” katanya pada majlis Penutupan Program ‘Memperkasa Kolaborasi: Libat Urus Strategik Bersama Perunding 2025’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr. Cassidy Morris turut menyuarakan penghargaan terhadap maklum balas daripada komuniti perunding, sambil menekankan keperluan pendekatan baharu dalam menangani isu-isu pembangunan infrastruktur.

Beliau juga menggalakkan penerapan teknologi terkini serta menyediakan ruang dialog terbuka antara kerajaan dan pihak perunding sebagai langkah ke arah pembangunan negeri yang lebih progresif dan berdaya saing.

Program tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan komuniti perunding dalam merangka hala tuju strategik pembangunan infrastruktur negeri.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPP Chairman, Tan Kai orders closure of illegal site
Next: SAF2025 galak kemajuan teknologi dalam sektor pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.