SEKO Fofana menjaringkan gol kemenangan ketika Juventus mengalami kekalahan mengejutkan 2-1 di Udinese semalam untuk melepaskan peluang untuk merangkul gelaran Serie A buat kali kesembilan berturut-turut.
Pemain pertahanan dari Belanda, Matthijs de Ligt telah meletakkan juara bertahan di depan tiga minit sebelum rehat di Udine.
Tetapi tandukan Ilija Nestorovski tujuh minit selepas rehat menyamakan kedudukan untuk Udinese, dengan Fofana melengkapkan kebangkitan pasukan timur laut itu dalam masa kecederaan.
Juventus kekal enam mata di depan Atalanta di tempat kedua dengan baki tiga perlawanan lagi, dan mempunyai peluang lain untuk merangkul gelaran untuk kali ke-36 di tempat sendiri menentang Sampdoria yang berada di tempat ke-14 pada hari Isnin.
Pasukan Maurizio Sarri hanya memerlukan tiga mata lagi dan pertabalan dapat dicapai pada hari Ahad, bergantung kepada keputusan saingan mereka Atalanta dan Inter Milan, yang masing-masing bermain menentang AC Milan dan Genoa.
“Kami dihukum disebabkan kekurangan pesanan selepas babak pertama yang baik kerana kami mahu menang dengan apa juga carfa,” kata Sarri.
“Dengan cara ini kami membawa permainan ke tahap berbahaya, dan setelah minit ke-90, kami kalah.”
Jurulatih itu menambah: “Dalam tempoh ini kami keletihan daripada segi fizikal dan mental.”
Prestasi Juventus menentang pasukan kecil dari Udine, dekat dengan sempadan Slovenia, agak membimbangkan menjelang perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara UEFA mereka menentang Lyon pada 8 Ogos.
“Pada masa ini saya tidak memikirkan Liga Juara-Juara, dalam fikiran saya hanya adalah Sampdoria,” tambah Sarri. – AFP