Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Bantuan beg sekolah ringankan beban pelajar di Bintangor
  • PENDIDIKAN

Bantuan beg sekolah ringankan beban pelajar di Bintangor

Utusan Sarawak 15 hours ago

TERIMA KASIH… Gung Chiu Kion selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan bantuan beg sekolah.

BINTANGOR: Para pelajar dan murid dari lima sekolah di sini telah menerima bantuan beg sekolah daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii pada semalam.

Katanya, mereka adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine, SK Abang Amin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chung dan SK Bandar Bintangor.

“Inisiatif ini adalah bagi mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa.

“Saya memberi penekanan serius kepada pendidikan dan kebajikan pelajar dan murid sekolah sejak dipilih sebagai wakil rakyat.” katanya ketika dihubungi media.

Katanya, beliau sentiasa memastikan para pelajar dan murid di Meradong dan Repok menerima layanan setara, termasuk tajaan pakaian, beg dan kasut sekolah.

“Dengan adanya inisiatif ini, saya berharap para pelajar dan murid dapat hadir ke sekolah dengan ceria dan tenang.
“Ibu bapa mereka juga akan kurang gelisah berkenaan perbelanjaan memulakan sesi persekolahan baharu,” katanya.

Hadir bagi mewakili Tiong Sii untuk menyerahkan bantuan tersebut ialah Gung Chiu Kion.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KEMAS Batang Lupar giat perangi buta huruf
Next: MARA rancang angkat IKM Bintulu sebagai Pusat Tenaga Serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.