Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 98 dikurniakan pingat, darjah kebesaran
  • TEMPATAN

98 dikurniakan pingat, darjah kebesaran

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Tun Taib dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib merakam gambar bersama penerima pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak. • Foto PENERANGAN

KUCHING: Seramai 98 penerima dikurniakan pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar, Astana Negeri, Petra Jaya, semalam.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ kepada Yang Amat Arif Datu Awang Suhaili @ Suhaidi Ledi.

Sementara itu, penerima bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Johan Bintang Sarawak (JBS) ialah YDH DCP Dato’ Dev Kumar M. M Sree, Ricky @ Mohamad Razi Sitam dan Shankar Ram Pohumall.

Istiadat kemudiannya diteruskan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (JBK) kepada 12 penerima di antaranya, Lo Khere Chiang, Yusuf Abdul Wahab, Alexander Vincent dan Datin Dr. Zaliha Christine Abdullah.

Pingat Pentadbiran Awam, Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC) dikurniakan kepada 4 orang penerima manakala Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) telah dikurniakan kepada 12 penerima termasuk Allahyarham Mohamad Sabari Shakeran.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (PBS) pula dikurniakan kepada 20 penerima, manakala Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) kepada 46 penerima.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Datuk Talib Zulpilip, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Continue Reading

Previous: STATOS perkenal kaedah pertanian unik
Next: UBAH NASIB GELANDANGAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.