Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 93 hari tanpa kes baharu
  • GLOBAL

93 hari tanpa kes baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
JAGA JARAK… Vietnam berjaya kekalkan rekod sifar kes jangkitan. •Foto AFP

HANOI: Vietnam masih berjaya mengekalkan rekod sifar kes jangkitan tempatan dalam tempoh lebih tiga bulan, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.

Setakat 6.00 pagi semalam, Vietnam merekodkan cuma 382 kes keseluruhan positif Covid-19.

Daripada jumlah itu, 93.5 peratus atau 357 pesakit disahkan pulih sepenuhnya.

Agensi berita Vietnam (VNA) turut melaporkan, setakat ini, tiada kes kematian direkodkan.

Sehingga semalam, cuma 25 pesakit sedang menjalani rawatan dan dilaporkan stabil.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 10,133 individu dalam kalangan kontak rapat dengan pesakit Covid-19 atau mereka yang berada di kawasan yang terjejas akibat pandemik itu diarahkan menjalani prosedur kuarantin.

Daripada jumlah itu, seramai 78 orang berada di hospital bagi tujuan pemantauan, manakala 9,613 yang lain berada di pusat kuarantin khas dan 445 menjalani prosedur sama di rumah masing-masing.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jutaan penduduk pindah, banjir di Sungai Yangtze
Next: Waris rampas, buang peti jenazah Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.