Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 9 masih hilang insiden bot terbalik
  • GLOBAL

9 masih hilang insiden bot terbalik

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA penyelamat mengangkat salah satu daripada enam yang terselamat dalam satu insiden bot karam yang membawa 16 nelayan.• Foto AFP

MEDAN: Satu lagi insiden yang mana sembilan nelayan di Indonesia dilaporkan hilang semalam selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Pulau Sumatera, memetik daripada satu sumber semalam tambahan situasi pencarian mangsa semakin sukar.

Bot tersebut karam pada Isnin selepas dilanda cuaca buruk dan ombak besar di pantai barat laut itu.

“Pencarian masih tidak membuahkan hasil,” kata agensi mencari dan menyelamat tempatan Benteng Telambuana kepada AFP.

 “Kami masih tidak menemui sebarang petunjuk daripada mangsa yang hilang itu untuk setakat ini.”

Insiden tersebut berlaku beberapa hari selepas sebuah bot yang membawa 16 nelayan karam berhampiran gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda, iaitu pemisah Sumatra dan Pulau Java.

Dalam nahas sama sebelum ini, dilaporkan sembilan nelayan ditemui hidup sementara tujuh masih belum dapat dijejaki. 

Insiden perairan sebegini merupakan perkara biasa di Indonesia, iaitu di kepulauan Asia Tenggara di sekitar 17,000 pulau, kerana sistem keselamatan di kepulauan tersebut masih kurang. – AFP

Continue Reading

Previous: Peguambela mohon siasatan baharu dijalankan
Next: Buka semula sempadan M’sia, S’pura berperingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.