Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 86 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sebuyau, Simunjan
  • JENAYAH

86 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sebuyau, Simunjan

Utusan Sarawak 3 hours ago
SERAMAI 86 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Sebuyau dan Simunjan, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

KUCHING: Seramai 86 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Sebuyau dan Simunjan semalam.

Operasi bermula dari 8.00 malam hingga 7.00 pagi tadi itu melibatkan pemeriksaan di tiga lokasi rumah pekerja di Sebuyau serta rumah kongsi di sebuah ladang kelapa sawit di Simunjan.

JIM Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan operasi tersebut dijalankan susulan aduan awam dan hasil risikan Bahagian Penguatkuasa JIM Kuching yang menyasarkan penempatan pekerja warga asing disyaki melanggar undang-undang imigresen.

SEPANJANG operasi, seramai 93 Orang Yang Diperiksa (OYDP) telah diperiksa, dengan 86 daripadanya ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

Sepanjang operasi, seramai 93 Orang Yang Diperiksa (OYDP) telah diperiksa, dengan 86 daripadanya ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Selain itu, satu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan kes.

Menurut kenyataan itu, JIM Sarawak akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan secara berterusan di seluruh negeri bagi mengesan dan membanteras pelanggaran undang-undang imigresen.

Orang ramai turut digesa supaya menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran pendatang asing tanpa izin atau sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi membantu pihak berkuasa memelihara keselamatan serta kedaulatan negara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Tapis IPD Meradong tahan tiga lelaki positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.