Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 85 kanak-kanak Tabika sertai lawatan sambil belajar
  • Utara
  • WILAYAH

85 kanak-kanak Tabika sertai lawatan sambil belajar

Utusan Sarawak 5 months ago
SESI CERAMAH… Azman Ibrahim mengendalikan sesi ceramah kebombaan kepada pelajar, guru dan ibu bapa yang hadir.

LAWAS: Seramai 85 kanak-kanak dari Tabika Kemas PPAK Sundar dan Tabika Kemas Kampung Luagan Sundar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas baru-baru ini.

Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim memberitahu motif pelaksanaan program ini ialah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan kebakaran.

PENGENDALIAN PEMADAM… Salah seorang ibu bapa melakukan pemadaman api menggunakan alat pemadam api dengan cara betul.

Pada masa yang sama menyemai budaya amalan keselamatan kebakaran dalam kalangan kanak-kanak dan warga kerja Taska Kemas, Lawas, Sarawak.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah ceramah keselamatan kebakaran kelab 3K (Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak), berhenti, rebah dan guling serta demonstrasi alat pemadam api untuk ibu bapa.

Turut diadakan pameran kebombaan, menaiki jentera bomba, dan penggunaan salur bantu mula. Kanak-kanak juga menyertai acara mandi hujan menggunakan hose reel.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau paras air di Bintangor
Next: Program Meet & Greet, Pencegahan Jenayah Siber di Pasar Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.