Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 83 anak Sarawak terkandas ucap terima kasih
  • SEMASA

83 anak Sarawak terkandas ucap terima kasih

Utusan Sarawak 4 years ago
SELAMAT TIBA… Kumpulan terakhir rakyat negara ini yang terkandas di Romania yang berjaya dibawa pulang ke tanah air, semalam.

KUALA LUMPUR: Kumpulan terakhir rakyat negara ini yang terkandas di Romania berjaya dibawa pulang ke tanah air, semalam.

Mereka merupakan anak kapal yang terkandas di Kapal Bigfoot 1 di Romania yang dikerah untuk bekerja tanpa gaji selama lebih kurang dua bulan.

Sehubungan itu, seorang anak kapal, Adrian Ambas Richard mewakili rakyat yang terkandas menzahirkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Pejabat Perhubungan Negeri Sarawak (Kuala Lumpur) @ Rumah Sarawak, Pegawai Perhubungan Sarawak, Awang Supian Awang Daud dan Sarawak Volunteers yang banyak membantu mereka untuk pulang ke tanah air.

Ini kerana, nasib malang yang menimpa anak Sarawak itu mendapat perhatian Ketua Menteri.

Andrian berkata, hasrat mereka ingin pulang ke tanah air itu  turut dibantu oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau menghubungi Duta Malaysia di Romania, Abdullah Zawawi Tahir dan pegawai Konsul Amera dan rakan-rakan untuk mendapatkan bantuan Kerajaan Romania.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen P.193 Santubong berkata, kesemua yang berada di Romania hampir 100 rakyat Malaysia dan daripada jumlah itu, 83 orang ialah rakyat Sarawak.

Kumpulan itu menggunakan tiga syarikat penerbangan iaitu Qatar Airlines, Turkish Airlines dan KLM.

Rakyat Sarawak termasuk tiga rakyat Sabah dan seorang dari Kuala Lumpur akan tiba di Malaysia secara berperingkat.

Kerajaan Sarawak turut membantu mereka selepas menjalani kuarantin di Kuala Lumpur.

“Selesai kuarantin, mereka akan diterbangkan ke kawasan masing-masing,” kata Wan Junaidi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan anak muda Sarawak supaya menyelidik latar belakang syarikat terlebih dahulu sebelum bekerja di luar negara.

Continue Reading

Previous: Pengamal Media nadi kerajaan, rakyat
Next: MOTAC umum pelan pemulihan pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.