Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 80,535kg makanan disalurkan kepada lebih 6,000 penduduk terjejas banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

80,535kg makanan disalurkan kepada lebih 6,000 penduduk terjejas banjir

Utusan Sarawak 3 months ago

TATAU: Sebanyak 80,535 kilogram (kg) bantuan makanan berjaya disalurkan kepada lebih 6,000 penduduk yang terjejas akibat banjir di Daerah Tatau sepanjang bencana itu.

Bantuan tersebut dihantar melalui tiga saluran utama iaitu helikopter Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU) sebanyak 23,270kg, melalui sungai sebanyak 20,839kg, dan melalui darat sebanyak 36,426kg.

Jumlah keseluruhan bantuan itu merangkumi 145 rumah panjang, lima sekolah rendah, dan tiga klinik kesihatan.

Lokasi penghantaran terakhir dilaksanakan di kawasan Anap Tengah dan Muput.

Menurut Pegawai Bencana Daerah Tatau, Raden Azamry Raden Perhan, selain makanan, bekalan ubat juga dihantar kepada penduduk Rumah Mapang yang kehabisan ubat akibat terputus hubungan.

Raden mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghantaran bantuan itu dan menganggap misi tersebut sebagai kejayaan besar bagi komuniti setempat.

Pelbagai agensi kerajaan, dan badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dalam misi ini.

Antaranya, Pejabat Daerah Tatau, PGU PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, Bomba Tatau, Agensi Pertahanan Masyarakat (APM), Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Sebauh, dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPS Dewan SMK Tatau ditutup setelah 14 hari beroperasi  
Next: BBP Bintangor adakan latihan perkukuh kemahiran anggota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.