Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 7,648 unit kamera badan untuk polis selesai diagih
  • NASIONAL

7,648 unit kamera badan untuk polis selesai diagih

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan menandatangani plak perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dekat Kampung Raja hari ini. Foto Bernama

JERTIH: Sebanyak 7,648 unit kamera badan (BWC) diagihkan sepenuhnya bagi kegunaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan di seluruh negara bulan lepas.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan berkata penggunaan BWC diberi keutamaan kepada Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik secara berperingkat bermula 7 Okt tahun lepas.

“BWC  ditempatkan di 157 ibu pejabat polis daerah (IPD) serta 640 balai polis di seluruh kontinjen. Bagi menampung keperluan sebenar BWC ini, PDRM akan mengemukakan permohonan penambahan sebanyak 10,000 unit lagi melalui Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-13 tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke IPD Besut di sini hari ini.

Sahabudin berkata penggunaan BWC bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan penugasan pihak polis yang semakin mencabar.

Beliau berkata penggunaan kamera badan itu juga dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan pegawai dan anggota.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu kaitkan Institusi Diraja
Next: Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan – Zambry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.