TOKYO: Angka korban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda Jepun sejak awal Julai bertambah kepada 76 orang, misi mencari dan menyelamat 13 yang hilang masih diteruskan, lapor agensi berita Sputnik, memetik NHK pada Rabu.
Seorang mangsa ditemukan dalam keadaan kritikal oleh anggota penyelamat.
Lebih 15,000 rumah rosak susulan hujan lebat di 21 wilayah di Jepun, kebanyakan yang terjejas di pulau Kyushu.
Hujan lebat dijangka berterusan sehingga minggu ini, memetik pegawai meteorologi.- Bernama