Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 74 individu dalam Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman angkat sumpah
  • Tengah
  • WILAYAH

74 individu dalam Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman angkat sumpah

Utusan Sarawak 7 months ago
RASMI… Datuk Francis Harden Hollis dan tetamu ketika melakukan simbolik perasmian Majlis Angkat Sumpah AJK Badan Induk dan Makan Malam Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman di Bandar Simanggang.

SIMANGGANG: Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Induk dan Makan Malam bersempena dengan ulang tahun ke-32 penubuhan organisasi itu dekat sini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman dekat bandar ini, malam kelmarin, menyaksikan seramai 74 individu mengangkat sumpah sebagai AJK Badan Induk persatuan berkenaan bagi sesi 2024-2025.

Daripada jumlah itu, 34 individu mengangkat sumpah sebagai ahli, 25 individu mengangkat sumpah ahli Pemuda dengan baki 15 individu mengangkat sumpah sebagai ahli Wanita persatuan itu.

Sesi angkat sumpah itu telah berlangsung di hadapan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis dan Presiden Persatuan Clan Cheng Sarawak, Chang Nyit Sung.

“Persatuan Clan Cheng Sri Aman telah bergiat aktif semenjak ia ditubuhkan 32 tahun yang lalu seperti menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan Clan Cheng di seluruh Sarawak.

“Selain itu, Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman juga telah menubuhkan Pasukan Tarian Singa sebagai antara sumber untuk mendapatkan dana,” menurut Harden.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang juga berharap agar Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman terus berfungsi selari dengan hasrat penubuhan sebelum ini.

Harden pada majlis itu mengumumkan peruntukan bagi 2025 sebanyak RM20,000 untuk membiayai aktiviti AJK Badan Induk, Pemuda dan Wanita Wanita Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman.

Turut diselitkan pada majlis itu adalah penyerahan angpau kepada warga, pertandingan lagu Mandarin dan insentif kepada anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik.

Hadir sama Pengerusi, Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman, Kapitan Tay Yaw Ming, Pengerusi Persatuan Clan Cheng Bahagian Bintulu, Datuk Tang Sing Huat, Pengerusi Persatuan Clan Cheng Bahagian Sibu, Tang Chiok Nguong.

Turut bersama, Pengerusi Persatuan Clan Cheng Bahagian Sarikei, Tang Tung Ngie, Presiden Pertubuhan Meninggikan Akhlak Chee Chuan Khor Simanggang, Temenggong Kueh Aik Seng, pengerusi majlis, Tay Buan Wie, Datuk Tan Chong Meng dan Dato Dr Ngu Piew Seng,

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 13 unit pili bomba diperiksa
Next: APM guna 30 minit lancarkan semula aliran lalu lintas trafik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.