Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 70 terperangkap dalam runtuhan pangsapuri
  • GLOBAL

70 terperangkap dalam runtuhan pangsapuri

Utusan Sarawak 5 years ago

MUMBAI: Seorang maut manakala 70 lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam bangunan pangsapuri lima tingkat yang runtuh di sini, kira-kira 120 kilometer dari Mumbai,petang Isnin.

Punca kejadian tersebut masih belum diketahui namun, runtuhan bangunan merupakan perkara kerap berlaku ketika musim monsun antara Jun hingga September akibat hujan lebat di India.

“15 mangsa yang tercedera telah diselamatkan dan dibawa ke hospital,” kata polis Mahad.

Tiga pasukan penyelamat, dengan bantuan kelengkapan serta anjing pengesan juga telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mencari dan mengesan mangsa yang masih terperangkap di dalam runtuhan bangunan tersebut, berikutan kenyataan daripada Pasukan Tindakan Bencana Kebangsaan India.

Menerusi rakaman dari televisyen memaparkan penduduk setempat dan juga pegawai polis sedang dalam usaha mencari mangsa yang masih tersepit di dalam runtuhan tersebut.

Bekas ahli parlimen Mahad, Manik Motiram Jagtap memberitahu bahawa strukturnya berusia 10 tahun dan dibina di atas landasan yang ‘lemah’.-AFP

Continue Reading

Previous: Mahkamah Christchurch dikawal ketat
Next: Covid-19: Kes jangkitan semula di Hong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.