68 warga asing ditahan, bekerja tanpa permit sah di Kuching

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DITAHAN… Seramai 68 warga asing berjaya ditangkap dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di sekitar Kuching, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Seramai 68 warga asing berjaya ditangkap dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di sekitar bandar raya ini.

Pihak Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching digerakkan bagi melaksanakan operasi yang menumpukan premis dipercayai menggaji warga asing tanpa pas atau permit yang sah.

Antara lokasi sasaran operasi termasuk tapak pembinaan apartmen di hadapan Moyan Square, beberapa pusat hiburan di kawasan Tabuan dan Jalan Petanak, serta premis makanan dan minuman di Pines Square, Batu Kawa.

DITAHAN… Seramai 68 warga asing berjaya ditangkap dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di sekitar Kuching, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Kuching untuk siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

Jabatan Imigresen menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh penguatkuasaan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara.