Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 66 bomba cilik perluas elemen keselamatan, air  
  • Utara
  • WILAYAH

66 bomba cilik perluas elemen keselamatan, air  

Utusan Sarawak 6 months ago
PENGALAMAN BERHARGA… kanak-kanak Tabika Pusat KEMAS teruja berpeluang memegang hos bomba pada Program Kelab Bomba Celik (KBOC).

LIMBANG: Seramai 66 orang kanak-kanak Kelab Bomba Celik (KBOC) terdiri daripada Tabika Pusat KEMAS Limbang berpeluang meraih pengalaman berharga apabila dapat melihat secara dekat peralatan, jentera serta beramah mesra dengan anggota bomba, semalam.

Kesemua kanak-kanak itu menjayakan Program Kelab Bomba Celik (KBOC) anjuran bersama Pejabat Zon Tujuh, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak dan Pejabat KEMAS Bahagian Limbang.

Mereka yang diiring lapan guru pengiring masing-masing turut diceriakan apabila mengenakan baju loreng bomba, selain berpeluang mencuba peralatan dan jentera bomba pada program itu.

Pegawai Bahagian Keselamatan Kebakaran Zon Tujuh selaku penyelaras program Zaki Hussin berkata program sedemikian memberi manfaat dan pendedahan kepada kanak-kanak dengan pasukan beruniform seperti bomba.

Program itu juga, katanya, bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat terutama si cilik ini mengenai wira negara dan aspek keselamatan kebakaran.

“Objektif utama program adalah untuk memastikan budaya keselamatan kebakaran dan amalan pencegahan kebakaran sentiasa diamalkan bermula di peringkat awal usia,”katanya kepada media hari ini.

Antara pengisian program ialah aktiviti berhenti, rebah dan guling, menaiki jentera bomba, pemadaman menggunakan saluran bantu mula, tayangan video memadam dan menyelamat serta sambutan hari lahir.

Program telah disempurnakan oleh Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan.

Turut hadir, Pengawai KEMAS Bahagian Limbang  Khairul Amree  Abdul Rahman dan wakil Ketua Balai BBP Limbang Mohd Ismail Assan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: APM bantu bawa pesakit guna perahu 
Next: Bangkai ikan paus terdampar pula ke Triso?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.