Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 620 golongan asnaf terima bantuan
  • TEMPATAN

620 golongan asnaf terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago

AKUN GIMAN

MATU: Kerajaan Sarawak menerusi Pusat Khidmat Parlimen Igan menyantuni 620 golongan asnaf di seluruh perkampungan kawasan Matu dan Kampung Igan, semalam.

Ahmad Johnie berkata, bantuan tersebut untuk membantu meringankan beban golongan asnaf dalam menghadapi saat-saat sukar pada waktu ini.

“Proses penyerahan barangan  dilaksanakan oleh Kakitangan Pusat Khidmat Igan dan dibantu oleh kakitangan Pejabat Daerah Matu,” jelasnya.

Katanya, sumbangan tersebut akan diserahkan melalui Penghulu dan Ketua Kaum untuk diagihkan kepada penduduk kawasan masing-masing, secara berperingkat-peringkat.

“Justeru itu, saya berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban  mereka terutama di pedalaman dan luar bandar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar bantuan bekalan makanan yang telah diumumkan oleh  Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini dapat disalurkan dengan segera melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), seluruh Sarawak.

“Kepada sesiapa yang berkemampuan, sama-sama kita membantu golongan yang kurang berkemampuan semasa krisis penularan wabak Covid-19 yang getir ini,” ujarnya. Ahmad Johnie terus mengingatkan orang ramai agar mematuhi PKP bagi mengekang rantaian wabak Covid-19.

Continue Reading

Previous: Bantuan makanan untuk 1,030 keluarga di Lundu
Next: Setengah jam pujuk gelandangan merajuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.