Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan
  • NASIONAL

60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PIALA Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, kemuncak piala berprestij yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

PETALING JAYA: Inisiatif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik telah meningkatkan penjualan tiket final Piala Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, hingga 60 peratus.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutf Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta.

“Penjualan tiket final Piala Malaysia menunjukkan perkembangan positif daripada pasukan JDT dan Sri Pahang FC, tambahan pula menerusi inisiatif terbaharu MFL yang memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

“Kami menyeru kepada semua penyokong JDT dan Sri Pahang FC untuk mendapatkan tiket yang masih dijual hingga hari perlawanan,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya MFL-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Liga Bolasepak Amatur (AFL) di Wisma FAM di sini hari ini.

MFL menyasarkan penjualan tiket sekurang-kurangnya 80 peratus bagi aksi kemuncak piala berprestij yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. –  Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Juneyao Airlines berkembang di Malaysia dengan laluan Shanghai – Kuala Lumpur mulai Jun
Next: Menara KL dibuka semula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.