Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 6 maut nahas helikopter di Uttarakhand, India
  • GLOBAL

6 maut nahas helikopter di Uttarakhand, India

Utusan Sarawak 23 hours ago
GAMBAR hiasan.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam penumpang maut apabila sebuah helikopter terhempas di negeri Uttarakhand, India, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media kerajaan.

Saluran berita kerajaan, Doordarshan News melaporkan seorang lagi mangsa cedera parah selepas helikopter itu terhempas berhampiran kawasan mata air panas Ganganani di daerah Uttarkashi.

“Pasukan pentadbiran dan bantuan berada di lokasi nahas helikopter,” menurut laporan itu.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami mengarahkan pihak pentadbiran menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada mangsa yang cedera serta menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.

“Saya sentiasa berhubung dengan pegawai berhubung nahas ini dan setiap perkembangan sedang dipantau,” katanya menerusi hantaran di platform X. – Bernama-Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Suhu global paras tertinggi dicatat pada April – Pemantau EU
Next: Bill Gates umum dermakan hampir keseluruhan kekayaan untuk kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.