Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 58 pelajar UPMKB terima sumbangan cermin mata
  • Tengah
  • WILAYAH

58 pelajar UPMKB terima sumbangan cermin mata

Utusan Sarawak 2 months ago
PARA pelajar UPMKB bergambar bersama Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Kapitan Dr. Simon Hong serta wakil Robert T Optical selepas majlis penyerahan sumbangan cermin mata di UPMKB, semalam.

BINTULU: Seramai 58 pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) daripada golongan keluarga B40 menerima sumbangan cermin mata daripada Robert T Optical dengan kerjasama Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Bintulu. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi YPNM Bintulu, Kapitan Dr. Simon Hong dan turut disaksikan oleh Pengarah Kampus UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini pada majis penyerahan di Ruai Sri Meranti, UPMKB semalam.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha membantu pelajar yang memerlukan sekali gus memberi harapan baru dalam kehidupan dan pembelajaran.

Ia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membangunkan masyarakat penyayang, bertujuan memperbaiki penglihatan pelajar dan menggalakkan kesejahteraan komuniti akademik serta masyarakat umum.

Sementara itu, Shahrul Razid turut menzahirkan penghargaan kepada Robert T Optical dan YPNM Bintulu atas sumbangan berkenaan.

“Sumbangan ini tidak hanya memberi manfaat dalam aspek akademik, tetapi juga mencerminkan usaha universiti untuk mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dan sejahtera,” katanya.

Sementara itu, Kapitan Dr. Simon berharap agar sumbangan tersebut meningkatkan kualiti hidup pelajar, memberi mereka semangat untuk berjaya dan kelak menyumbang kembali kepada masyarakat selepas tamat pengajian.

Kerjasama itu merupakan contoh terbaik dalam mewujudkan masyarakat yang prihatin dan peka terhadap keperluan sesama.

Ia sekali gus mencerminkan prinsip ‘Memberi Kembali Kepada Masyarakat,’ yang mana pelajar yang menerima bantuan itu diharapkan akan memberi manfaat kepada komuniti pada masa hadapan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 500kg sisa makanan diselamatkan menerusi inisiatif Sifar Sisa Makanan
Next: Terus pastikan Lawas selamat, sejahtera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.