Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 560 pokok benih kelapa pandan ditanam untuk projek perintis di Sebuyau
  • TEMPATAN

560 pokok benih kelapa pandan ditanam untuk projek perintis di Sebuyau

Utusan Sarawak 7 months ago

SEBUYAU: Tanaman kelapa pandan peringkat awal fasa 1 Agro Research Lab Sebuyau dekat Kampung Arus Sebangan di sini dilancarkan hari ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata projek perintis itu merangkumi kawasan seluas 3.4 hektar penanaman 560 pokok benih kelapa pandan.

“Kawasan seluas 3.4 hektar ini adalah sebahgian dari kawasan seluas 110 hektar dan sebahagian dari peruntukan yang telah diluluskan untuk 2024.

“Benih lain yang dikenal pasti ialah benih kelapa tacunan dan kelapa mataq,” katanya.

Julaihi berkata Agro Research Lab Sebuyau memberi fokus kepada penanaman semula kelapa seperti diilhamkan oleh Premier Sarawak menggunakan pembiayaan kerajaan Sarawak.

Jawatankuasa Agro Research Lab Sebuyau dipengerusikan oleh Julaihi, manakala Residen Bahagian Samarahan sebagai Pengerusi Urusetia/Teknikal dan Naib Canselor UNIMAS mengetuai Jawatankuasa Penyelidikan.

Beliau berkata fasa 1 merangkumi kawasan seluas 110 hektar beserta 10 hektar lagi untuk tujuan penyelidikan.

“Untuk fasa 1, kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk penyediaan semua infrastruktur pertanian, benih kelapa, bangunan dan infra penyelidikan di lapangan, kerja penyelidikan oleh UNIMAS.

“Ini termasuk penyediaan baja yang sesuai dan semua keperluan yang berkaitan bagi projek agro research lab ini.

“Berapa lokasi lain telah dikenal pasti di kawasan Sebuyau sehingga suatu hari nanti meliputi semua kawasan Sebuyau dan kawasan yang berdekatan,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Samarahan, Mohd Irwan Bahari; Naib Canselor Unimas, Professor Dr Ahmad Hata Rasit dan Pegawai Pertanian Bahagian Samarahan, Hamzah Abu Bakar.

Continue Reading

Previous: Tingkatkan kesedaran jenayah seksual terhadap kanak-kanak
Next: Regata: Pasukan Azizul FT Buraq, Unimas Teguh Bersama juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.